Ketagihan seks dalam internet merupakan individu yang mempunyai tabiat untuk melepaskan gangguan seksualnya melalui internet . Terdapat pelbagai bentuk seks internet yang mendapat kesan terhadap si pelakunya iaitu :
- Pornografi secara atas talian - melibatkan gambar , audio , video dan teks
- Interaksi seks - melibatkan perbualan mengenai topik seks dan bertukar-tukar gambar dan fail
- Perisian multimedia - melibatkan tontonan filem menggunakan CD-ROM atau melayari laman web berunsurkan seks atau pornografi .
Ketagih seks siber dikenal pasti menjadi punca terbaru keretakan rumah tangga yang turut menyumbang kepada peningkatan jumlah perceraian di kalangan pasangan muda hari ini. Tiada bezanya dengan ketagihan judi dan dadah, ketagih seks siber turut menjejaskan keharmonian rumahtangga, bermula dengan renggang hubungan dan lalai dengan tanggungjawab kepada pasangan tidak kira suami, isteri mahupun anak-anak.
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SJKM), 44% daripada 2.5 juta pengguna internet adalah golongan sudah berkahwin yang gemar melayari 25 laman web popular yang mengandungi bahan seks dan porno. Tabiat buruk itu dilakukan sama ada menggunakan komputer riba mahupun telefon bimbit, tidak kira di pejabat mahupun di rumah.
Berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SJKM), 44% daripada 2.5 juta pengguna internet adalah golongan sudah berkahwin yang gemar melayari 25 laman web popular yang mengandungi bahan seks dan porno. Tabiat buruk itu dilakukan sama ada menggunakan komputer riba mahupun telefon bimbit, tidak kira di pejabat mahupun di rumah.
Kesan Ketagihan Seks Siber
- Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
- Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
- Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
- Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
- Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat
- Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
- Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.
Tontoni video di bawah bagaimana seks siber berlaku
Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini, peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas.
Kami merupakan kaunselor amat prihatin tentang seks siber ini. Luahkan apa yang tersirat di hati anda kepada kami untuk mengelakkan ketagihan ini. Sila klik menu Profil Kami untuk mengenali kami. Jangan bimbang segala maklumat anda sentiasa dilindungi. Anda juga boleh menjadi rakan Facebook kami. Kami sedia membantu anda yang memerlukan perkhidmatan kami. Jauhi diri anda daripada menjadi mangsa seks siber....kerana ia boleh memusnah kehidupan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan